profile affiliates free page refresh follow

disclaimer
about
Luaskan Dakwahmu
bold italic strike underline


chatting
let's talking

PUT YOUR CBOX CODE HERE


thankgyu
big clap
Template & design was made by Adam Faiz. Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseobyfor the useful tuto and colourful backgrounds.Please,do not remove the credit.tQ



Layakkah Aku Bersamamu Di SyurgaNya Wahai Sahabat ?
Saturday, December 7, 2013 | 0 comments

Rasa ingin bersahabat itu adalah satu lumrah dalam diri setiap insan. Merasa ingin mengasihi dan dikasihi dalam bersahabat adalah satu kepastian kerana kita di dunia ini tidak keseorangan. Tetapi adakah persahabatan dan ukhuwah itu disandarkan pada Allah yang punya segalanya atau sekadar mengikut nafsu yang menguasai diri ? Adakah bersahabat hingga ke syurga itu hanya sekadar fantasi ?

Maafkan aku sahabat andai aku hanya tunduk diam menyepi. Maafkan aku sahabat andai setiap tuturku hanya menambah duri di hatimu. Maafkan aku sahabat andai aku tidak cukup sempurna untuk menjadi sahabatmu yang baik. Maafkan aku sahabat andai 
aku bukan sahabat yang kau cari. Aku hanya tahu untuk mengimpikan seorang sahabat sejati tetapi diri ini tidak cukup sejati dalam bersahabat. Mengharap sahabat yang sentiasa memahami diri ini tetapi diri masih berburuk sangka terhadap sahabat sendiri. Mengejar sahabat yang sentiasa bersama di sisi tetapi keegoan masih beraja di dalam hati.

Andai aku tidak seperti menghargaimu, bukan bermaksud aku tidak sudi. Bukan juga kerana kau tidak cukup baik untuk menjadi sahabatku. Tetapi kerana aku tidak tahu bagaimana ingin mengekspresikan perasaan kasihku. Tidak cukup kuat juga untuk melontarkan kalam sayang kepadamu walaupun aku tahu,

"Jika seseorang itu menyayangi sahabatnya, 
maka hendaklah dia memberitahu kepadanya bahawa dia menyayanginya" 
(riwayat Abu Daud)

Tetapi ketahuilah bahawa setiap saat aku bersamamu sahabat, aku terasa seperti semua bebanku melayang daripada bahuku. Memang kadangkala Allah titipkan ujian dalam persahabatan ini. Menguji agar kita kenal betapa manisnya dalam berukuwah.Sesungguhnya takdir Allah yang mempertemukan kita dan takdir Allah jualah yang mampu memisahkan kita. Perasaan cinta pada sahabat itu adalah kurniaan dari-Nya. Perasaan manisnya berukhuwah itu juga adalah nikmat dari-Nya. Jadi mengapa perlu berputus asa dalam bersahabat andai engkau tahu ujian itulah yang akan mengeratkan lagi tali ukhuwah yang sudah sekian lama tersimpul ?

Aku ingin mencari sahabat yang sudi bersamaku di syurga nanti. Bersama mencari redha Ilahi. Menegurku apabila aku berada jauh dari-Nya. Menghulurkan tangan disaat aku jatuh tersungkur. Menarik aku dikala aku hampir terjerumus ke lembah kedurjanaan. Memelukku dan mengusap air mataku disaat aku berasa keseorangan. Semoga bertemu dan berpisahnya kita adalah kerana-Nya. Kerana salah satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah di akhirat kelak adalah pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Ketahuilah bahawa 
persahabatan itu adalah anugerah Allah yang terindah andai ia di atas dasar taqwa.

Sabda Rasulullah, "Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya teringat mati"

Akuu ingin menjadi sahabat seperti itu, Ya Allah.

Sahabat, andai suatu masa nanti aku lena tanpa jaga, kau iringlah lenaku dengan kalungan doamu. Doakanlah agar aku dapat bertemu semula denganmu di pintu syurga Firdausi nanti. Bersama memimpin tangan sambil mengukir senyuman manismu itu.

Sesungguhnya doa seorang muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab. Pada kepalanya ada malaikat yang diberi tugas dan mengatakan, "Semoga Allah mengabulkan, dan untukmu juga seperti itu".

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku walaupun engkau tahu betapa kurangnya diriku ini. Sesungguhnya aku benar-benar mengasihimu dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku kerana Allah. Sungguh, biarlah hubungan kita ini berkekalan hingga ke akhirat nanti, bukannya terhenti di penghujung dunia sahaja.

Ana uhubbukum lillahi ta'ala.


FUTURE
PAST