profile affiliates free page refresh follow

disclaimer
about
Luaskan Dakwahmu
bold italic strike underline


chatting
let's talking

PUT YOUR CBOX CODE HERE


thankgyu
big clap
Template & design was made by Adam Faiz. Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseobyfor the useful tuto and colourful backgrounds.Please,do not remove the credit.tQ



Hakikat Seorang Pencinta
Thursday, October 2, 2014 | 0 comments
Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa.  Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota.
hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan. 
Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya. Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya.  Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya. 
Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.
Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya. Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya. 
Berkahwinlah keranaNya, mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya.  Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah.
Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia.  Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya.
Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata. 
“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,
Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,
Namun tanpa baja..tanpa dijaga,
Akar yang kukuh juga bisa rapuh,
Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,
Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,
Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,
Manakan buah hendak masak memerah”
Pencinta. Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak.  Buahnya meranum namun rasanya pahit.  Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.
Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari
Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa.  Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu.
Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahajakehendak dan kemahuannya.  Sungguh rapuh. 
Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok  tiada suara.  Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu.  Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti. 
Pencinta. Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai.  Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta.
  Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara. 
Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia.  Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya. 
Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya.  Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim.  Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.
“ Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi ) 
Saudaraku tersayang,
Pencinta. Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya.  Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa.

Seseorang Pencinta akan.

Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir.  Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.
Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Aamiin.

Mahalkan Dirimu.
Tuesday, July 15, 2014 | 0 comments
Jatuh cinta. Memang hangat. Saya akui kerana saya pernah lalui. Kadangkala sukar untuk kita berfikiran waras ketika mengharunginya. Kita lebih suka mengikut jiwa dan perasaan, berbanding akal yang dikurniakan olehNya.
Namun alhamdulillah, satu perkara yang saya syukuri dalam kehidupan saya adalah proses dakwah dan tarbiyah yang berjalan. Proses ini memberikan kesedaran, membuatkan saya faham bahawa cinta itu bukan yang utama di dalam kehidupan. Ada yang lebih utama.
Hari ini, begitu juga dengan hari-hari semalam, dan tidak saya terkejut jika hari-hari ke hadapan, remaja dan pemuda-pemudi teruja dengan cinta. Asyik.  Mainan perasaan menjadikan diri ketagih akan perhatian insan yang didambakan. Kadangkala sibuk kita dengan 1001 ciri perempuan lelaki idaman, buat diri sibuk bertanya: “Diakah jodoh aku? Diakah jodoh aku?” Hingga segala kebetulan seakabn-akan merupakan ‘petanda daripada Tuhan’.
Ini melemahkan.
Dan saya menyeru pemuda dan pemudi, dari lohong ini, diri itu dikeluarkan.

Cinta Perlu Difahami Sedari Awal.
Saya amat menegaskan betapa cinta dan kefahaman akannya perlulah dididik di dalam jiwa remaja semenjak awal. Bukan untuk menyuruh mereka kahwin awal, tetapi adalah supaya mereka tidak mengambil definisi cinta, cara-cara bercinta, daripada sumber yang rosak, yang wujud di kiri dan kanan mereka kala proses pendewasaan.
Hari ini, definisi cinta dan cara bercinta, diambil secara tidak langsung tanpa disedari, daripada filem-filem, drama-drama, novel-novel pop dan sebagainya. Membuatkan secara tidak langsungnya, apabila disebut cinta, atau apabila jiwa diserang perasaan cinta, automatik mereka akan melaksanakan sebagaimana yang mereka tahu dan faham melalui sumber-sumber yang sedemikian.
Justeru saya menegaskan agar kita punya silibus berkenaan cinta, perkahwinan dan rumahtangga semenjak tingkatan satu lagi, agar remaja kita tidak membesar dengan definisi cinta yang tidak syara’, lantas mengimplimentasikannya dengan cara yang tidak benar.
Cinta yang silap inilah yang membuatkan manusia apabila bercinta, menjadi tidak keruan. Kerana disangkanya cara untuk menyampaikan rasa cinta kepada orang yang dicintai mestilah dengan ayat-ayat asmara yang berbunga-bunga, dengan perkataan cinta dan sayang. Cinta mestilah keluar bersama-sama, berdua-duaan, berpegangan tangan, bersentuhan. Bahkan, wujud tafsiran cinta pada hari ini mestilah dibuktikan dengan seks, dan dikatakan itulah kemuncak cinta.
Tidak hairanlah remaja kita, apabila disambar dengan halilintar cinta, diri jadi entah apa-apa. Tambah zaman laman sosial hari ini. Hingga ada yang tanpa segan silu update gambar dirinya dan kekasihnya, berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang melanggar batasan syara’.
Bagi yang ‘Islamik’ sedikit, walaupun mungkin tidak keluar bersama, ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’ berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Belum dikira dengan sibuknya kita nak menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’, ‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah SWT.
Ini melemahkan.

Memahalkan Diri.
Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.
Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.
Berapa banyak buku telah kita telaah?
Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?
Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?
Apakah kita ini cakna isu semasa?
Pandaikah kita menguruskan wang?
Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?
Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?
Sudakah kita memulakan usaha membina diri agar mampu menjadi suami dan isteri yang baik kepada pasangan kita nanti?
Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita. Menjadikan diri kita mahal. Bukan sibuk dengan – Apakah dia jodoh aku? Apakah dia jodoh aku? Inikah petandanya dia jodoh aku? Apakah mimpi aku semalam merupakan satu petunjuk? Apakah dia bakal imamku? Apakah dia bakal makmumku? Macam mana hendak melamar? Macam mana nak hadapi lamaran seseorang? –  terlebih dahulu.
Kita di dalam pengajian akademik kita, kita punya tahapan. Maka begitulah kita dalam proses percintaan. Dalam hendak mendirikan rumahtangga. Kita bukan terus skip kepada “Bagaimana hendak melamar dan menerima lamaran.”
Kerana itu, saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Hasrizal di dalam salah sebuah status Facebook beliau apabila beliau berkata bahawa beliau lebih senang jika kita berikan peluang diri kita ‘membesar’. Mengembara melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa, sebelum kita sibukkan diri dalam kancah cinta.
Ini tidak. Semenjak sekolah menengah sudah mula sibuk dengan cinta. Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Kala berusia mahasiswa yang sepatutnya kita teguk pengalaman untuk menjadi pemimpin dan membina ummah, mempersiapkan diri untuk menjadi yang bermakna buat masyarakat, kita sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke mana.
Kemudian kata hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga?
Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya?

Duduk, Dan Timbalah Pengalaman.
Tenangkanlah jiwa. Bebaskanlah  diri dari segala filem, drama dan novel-novel cinta yang membuatkan kita sibuk untuk menjadi sepertinya. Lihat semula diri, dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya. Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita.
Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah asas kepada ummah!
Dan Allah telah copkan tanggungjawab yang besar di dalamnya:
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita. Imbangi perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.
Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga.
Bukan kita terjah dahulu alam cinta, kemudian baru mencari itu semua.
Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.

Penutup: Mahalkanlah dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.
Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan.
Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah. Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang.
Kita perlu ingat, selepas berumahtangga, akan masih ada kerja-kerja. Bukannya terus mati dan masuk ke syurga. Bukan.
Maka kita perlukan susuk tubuh yang kuat untuk menompang tanggungjawab ini.
Dan itu tidak akan kita perolehi dengan sibuk berperasaan semata-mata.
Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.
Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.
Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.
Marilah, mahalkan diri kita.
Jadilah hambaNya yang berguna.

Mahalnya Seorang Muslimah
Tuesday, May 27, 2014 | 0 comments
Khas buat yang bergelar muslimah.

Apa definisi mahal pada kita ?
Bertudung labuh mahupun berniqab tetapi tak henti-henti mengupload gambar sendiri ?

Anti couple tapi sering menunggu bakal imam dan menyatakan betapa rindunya pada si pemilik tulang rusuk ?

Tunduk ke tanah bila berjalan di realiti, tapi di laman sosial asyik menatap wajah ajnabi ?

Benci pada artis kpop apatah lagi barat tapi tak henti-henti memuji penyanyi nasyid, imam muda, pencetus ummah ?

Aku juga perempuan.
Aku pun muslimah.
Dan aku, sedar tahu betapa susahnya nak jadi mahal yang betul-betul mahal.

Once. Aku pernah fikir bertudung labuh itu sudah cukup untuk jadi mahal.

Tapi aku silap.
Silap besar.
Sampai aku sedar balik apa yang Rasulullah maksudkan dengan,

“Perempuan itu fitnah terbesar buat lelaki.”

Renungan.

(Tuan Puteri Pakar Motivasi)

Muslimah Dipikat
Saturday, May 24, 2014 | 0 comments
Assalammualaikum.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas hari ini.

Hari yang dimanfaatkan untuk beronline dan siapkan apa yang patut.

Ada baca tajuk entry di atas ?

Muslimah dipikat.

Eh. Muslimah yang menutup aurat pun kena usha dengan lelaki jugak ke ?

Ehem. Cik Puan sekalian. Muslimah itu tetap perempuan. Okay ?

Cuma cara jejaka di luar sana cuba memikat si Muslimah ini berbeza dengan wanita lain.

Lebih tepat, cara yang lebih Islamik.

"Ehem. Cik adik bertudung labuh. Assalammualaikum. Tak jawab salam dosa."

"Assalammualaikum ukhti. Ana tertarik dengan perwatakan ukhti yang solehah. Boleh kita berkenalan dengan lebih rapat ? Nak number phone boleh ?"

Eh. Melampau.

Baling dengan selipar jepun hijau kesayangan.

Itulah dia antara dialog yang sering digunakan untuk memikat si Muslimah.

Namun tak kurang juga ada yang hanya berani merenung dari jauh. Dan kemudian ketika berselisih, mereka berpura-pura melanggar kita.

*Belum tengok lagi kegarangan akhowat menjelma menjadi Super Muslimah abad kedua*

Hewhew. *Gelak jahat seperti gelak Encik Goblin dalam cerita Encik Harry Potter*

Bila dah terlanggar, pura-pura minta maaf dan cakap, "Eh, tak nampak tadi !"

Sedangkan dia nampak si Muslimah kat depan. Banyak eksyen la cik Abang.

Rasa nak baling dengan meja kat ruang tamu kat rumah pun ada. Hiperbola sungguh.

Bila mereka rasa tidak berjaya memikat dan memiliki gadis itu, mulalah mereka mengeluarkan frasa ayat yang sumbang dan sakit didengar oleh telinga.

"Eleh, macamlah cantik sangat."

"Ingat diri tu solehah sangat sampai tak nak layan orang."

Wahai Cik Abang Romeo, bukanlah muslimah ini solehah sangat, tapi kami ini hanya terhad untuk orang tertentu. Kami tidak murah. Kami limited edition punya edisi. Allah sudah simpan kami untuk yang lebih berhak. Jadi tidak salah rasanya kami jaga diri kami baik-baik.

"Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat." Cik Shuzuka menyampuk.

Amboi ! Pandai juga Cik Shuzuka kita yang cantik lagi menawan. Ehem.

Namun ada juga yang jenis lebih suka berdiam diri setelah meluah perasaan.

Dan jangann tak percaya ada yang jenis sungguh berani tahap kritikal.

This is true story.
*Dalam nada Misteri Nusantara*

Si Muslimah lalu dengan rakan-rakannya .

Ada seorang pelajar satu sekolah dengannya mengucapkan selamat tengahari.

"Selamat tengah hari juga." Si Muslimah menjawab sambil tersenyum.

"I Love you." Pelajar lelaki itu berteriak sehingga didengari oleh pelajar lain.

Eceh. Beraninya engkau.

Memang mudah mengucap kata cinta. Buktikannya teramatlah payah.

Si Muslimah hanya tergamam, terdiam dan meneruskan perjalanan sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Ish Ish ish. Budak zaman sekarang.
*Dalam gaya suara nenek dan datuk membebel*

Saya yakin hampir ramai muslimah menghadapi perkara yang sama walau tidak semua. Mereka pasti pernah berhadapan dengan situasi ini. Dicop sombong dan bajet bagus apabila tidak melayan permintaan jejaka romeo yang inginkan number phone, yang mengajak berpacaran dan yang lainnya.

Relax hawa, biarkan mereka melabelkan kita begitu. Mahalkan dirimu, kita kan hanya terhad kepada yang tertentu. Jangan biarkan bakal suami kita nanti dapat cinta yang secondhand daripada kita.

Jika ada yang memikat dan masih tidak berputus asa untuk berbulan lamanya .

Cakap padanya.

"Aku ada wali."

Simple. Dan itu sudah cukup menunjukkan kita wanita yang bagaimana. Sesuai untuk dijadikan kekasih biasa  yang diusung ke sana sini tanpa sebarang ikatan yang sah atau seorang isteri yang sah dalam melayari bahtera rumah tangga.

Jika si dia benar-benar serius, dia akan pergi berjumpa si wali.

Okay.

So, para muslimah yang cantik menawan dan osem. Ehem.

Jika dipikat, mahalkan dirimu.

Hijab itu sudah menunjukkan bahawa dirimu mempunyai benteng dari kemaksiatan.

Jangan cemarkannya.

Dipikat atau digoda, jangan lupa sematkan dalam hati. "Aku Allah yang punya. Ini ujian bagiku. Aku harus tegas."

Bertegaslah di tempat yang sesuai.

Bertegas dengan lelaki romeo yang cuba menggoda.

Walaupun mukanya sehensem Zayn Malik, jangan cair dan melting segala.

Tegas. Ingat itu.

Cinta selepas nikah itu lebih indah. Aturan Allah semuanya sempurna.

Walau cinta itu fitrah, jangan sampai ia menjadi musibah.

(Tuan Puteri Doktor Cinta)

Allah sentiasa bersama.
Saturday, April 19, 2014 | 0 comments
Oh dunia yang fana
Ujian yang engkau terima
Tabah kau menghadapinya
Tidak pernah engkau kecewa

Sahabat dan juga teman
Berada kiri dan kanan
Hidayah yang maha Esa
Memohon bersama-sama

Ayuh berjihad di jalan Allah
Mencari redha hanya yang satu
Subhanallah Alhamdulillah
Segala pujian hanya padaMu

Oh dunia yang fana
Sengketa di mana-mana
Sabarlah wahai saudara
Peganglah dengan janjinya

Perjuangan yang satu
Beramal beserta ilmu
Tidak pernah engkau ketemu
Suatu jalan yang buntu

Tapi jangan kau menoleh lagi
Dan jangan pula biarkan aku sendiri

Ya Allah.

Subuh.
Saturday, April 12, 2014 | 0 comments
Bila susah bangun pagi kita mesti salahkan, "ni mesti sebab tidur lambat la ni, adoi."

Kita lupa ada lagi sebab kenapa kita susah sangat nak bangun. Ramai orang terlepas pandang macam mana kita tutup malam kita sebelum kita tidur.

Sebelum tidur kita sebenarnya tidak boleh banyak gelak, banyak buat benda lalai dan lagha. Bergayut dengan bakal zauj/zaujah apatah lagi. Sebab itu memberi kesan kepada hati.

Mungkin jasad kita tenang dapat tidur. Tapi hati kita tidak tenang disebabkan ditutup dengan perkara-perkara yang melalaikan dan malaghakan. Maka hati kita tidak berehat dan tidak tenang menyebabkan kepenatan.

Hati itu hakikatnya kecil. Tapi amat berperanan untuk seluruh tubuh badan. Rosak ia maka rosaklah segalanya. Dari hati yang kepenatan. Maka merebak seluruh badan kepenatan. Bila subuh mulalah liat nak bangun.

Sebab apa ?
Hati kita tak diisi perkara yang menyucikan sebelum tidur.

Tuan puteri pakar psikologi.

Hikmah di sebaliknya.
Friday, April 11, 2014 | 0 comments
Masalah ? Setiap manusia punya masalah sendiri.

Anggaplah masalah itu sebagai duagaan atau ujian dari Allah.

Allah uji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya tersendiri, samaada Allah nak tambah Iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru hara menjadikan kita tabah.

Semuanya ada hikmah.

Kejujuran ?

Hendaklah kalian berlaku jujur, kerana kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukkan jalan menuju surga. 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kejujuran itu nampak macam buruk but honestly ia lagi bertambah hodoh bila ditutup dengan penipuan.
(El Sehit)

Anggap itu ujian dari Allah. Ya, ujian.
Qowiy !


"Kurangkan laqha, tingkatkan taqwa."


Cinta Hati Beta.
Saturday, April 5, 2014 | 0 comments

Usrah itu umpama chargers. Di saat Iman lemah ataupun ilmu kurang. Ia boleh tingkatkan.

Manis macam coklat.
Hiperbola melampau. Heee.

Kita manusia ibarat nasi.
Kemudian nasi itu diletak pula lauk pauk yang enak.
Lauk pauk itu ibarat tarbiyah, usrah dan halaqah.

Indahnya Ukhuwah Fillah itu walaupun di alam maya. Terasa Indah Ukhuwah kerana Allah. Alhamdulillah.



Never alone.
Thursday, April 3, 2014 | 0 comments
Kita.
Perlukan Allah.
Lebih daripada kita perlukan udara.

Kalau hidup.
Tanpa Allah.
Apalah guna hidup ni.

Hati akan mati.
Hidup hilang erti.

Tanpa-Nya,
Kita hilang arah.
Lost.
Sentiasa resah.
Gelisah.
Serba tak kena.

Jiwa terasa kosong.
Kosong.
Sekalipun punya nama,
Rupa.
Harta berlimpah ruah.

Jangan letih.
Untuk terus merintih.

Jangan jemu.
Jemu untuk terus merayu.

Pada saat yang sangat genting.
Bisikkan pada hati.

"Allah tu hampir"

Apabila bersendirian,
Jangan kau katakan.

"Forever alone"
"Aku sunyi "

Sebaliknya.
Bisik dalam hati.

"Allah sentiasa ada"
"Padaku sentiasa ada Pemerhati"

Allah jualah Pemerhati.
Yang sentiasa di sisi kita.
Tak kira.
Dimana jua aku, kau, mereka berada.
Allah selalu ada.

Stop Maksiat.
Wednesday, April 2, 2014 | 1 comments

Rindu itu fitrah, begitu juga dengan perasaan meminati ataupun menyukai seseorang.

Tetapi jangan sebab kita kata rindu itu fitrah, maka kita biarkan diri kita dalam keadaan lalai - tak sudah berangan pasalnya.

Sebaliknya kawal perasaan itu dengan Iman. Jangan berlebihan sehingga menimbulkan fitnah kepada diri kita sendiri dan orang tersebut. Seperti membayangkan aurat perempuan atau lelaki tersebut, membayangkan benda yang menaikkan syahwat.

Jika merindui atau menyukai seseorang itu dikatakan berdosa, susahnya jadi manusia. Islam itu tidak membebankan.

Tipsnya letakkan tangan di dada dan baca 'Hasbi Rabbi jallallah ma fi qalbi ghayrullah', cukuplah Tuhanku bagi Allah maha agung, tiada Tuhan di dalam hatiku kecuali Allah.

Aku mula sedar.
Monday, March 31, 2014 | 0 comments
Dulu, gadis itu terleka dengan keasyikan dunia dengan keindahan dunia, dengan tipu daya dunia.

Dulu, gadis itu mula rebah, jatuh, tersungkur kerana dunia. Puas dia merayu untukk dunia bangunkan, puas dia hulur tangan untuk dunia sambutkan, puas dia menjerit untuk dunia dengarkan.

Namun, dunia tetap dunia. Dunia hanya hiasan semata-mata yang melekakan manusia dunia.

Gadis itu menunduk, menangis, tersedu-sesu sendirian. Terasa diri amat kerdil terasa diri amat hina, terasa diri amat kotor, terasa diri tiada lagi gunanya.

Ketika gadis itu mengeluh :
"Tiada seorang pun yang nak tolong aku".

Allah menjawab:
"Berdoalah (Mintalah) kepadaKu, nescaya Aku kabulkan untukmu" (40:60)

Ketika dia mengeluh lagi :
"Aku sedih sangat".

Allah menjawab :
"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita" (9 :40)





Ingat Mati Sokmo
Sunday, March 30, 2014 | 0 comments

Sudah cukup bekalan vacation dekat kubur nanti ? T_T

Pesanan Dariku
Wednesday, December 18, 2013 | 0 comments
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya. 

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya. 

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya. 

Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia, Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya.

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya. Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.

Tolong khabarkan pada si dia, Aku tidak mahu melekakan dia. Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga. Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri. Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.

Cinta Allah Yang Dicari
Monday, December 9, 2013 | 0 comments

Malam itu lunak. Tanpa dikaburkan bait irama yang disangka nan indah. Diserakkan bersama rasa malu. Puncak akhlak itu kian tertinggi, antara dua keping jiwa. Berkorban rasa pinta direnyaikan. Bilakan saat terindah itukan terjaga. Teruskan terpelihara, lamanya hingga usai siap siagalah mereka. Dalam hati sang pendoa, sentiasa rasa terhibur. Pada resah yang bersinggah. Pada kelu sendu, direlungi titisan air matanya.
Tahajjud malam hari kan mendekatkan yang jauh. Yakin dan tulus. Semakin tunduk dan mendekatlah sayup doa yang sama. Meminta untuk dijauhi. Memohon agar hati tidak sesekali dicemari.
Mempercayai bisik harap. Sentiasa ia bersuara. Kerap dan sentiasa pinta dijauhkan. Sebelum waktunya. Sungguh, jiwa-jiwa yang mencintai keredhaan Tuhannya. Tidak sesekali inginkan kalimat indah. Terpacul penuh mudah. Tertulis penuh bait. Ia mahu untuk disimpan. Iakan mahu untuk dihijab. Iakan sentiasa gamang. Pada gerun takut pada zina. Bukankah terindahnya kerna menjauhi kotor dan keji? Dan sering hati dan segala anggota meneguk terus, ungkap-ungkap suci dan telus dari Tuhannya.
“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.”  (Yusuf, 24)

Layakkah Aku Bersamamu Di SyurgaNya Wahai Sahabat ?
Saturday, December 7, 2013 | 0 comments

Rasa ingin bersahabat itu adalah satu lumrah dalam diri setiap insan. Merasa ingin mengasihi dan dikasihi dalam bersahabat adalah satu kepastian kerana kita di dunia ini tidak keseorangan. Tetapi adakah persahabatan dan ukhuwah itu disandarkan pada Allah yang punya segalanya atau sekadar mengikut nafsu yang menguasai diri ? Adakah bersahabat hingga ke syurga itu hanya sekadar fantasi ?

Maafkan aku sahabat andai aku hanya tunduk diam menyepi. Maafkan aku sahabat andai setiap tuturku hanya menambah duri di hatimu. Maafkan aku sahabat andai aku tidak cukup sempurna untuk menjadi sahabatmu yang baik. Maafkan aku sahabat andai 
aku bukan sahabat yang kau cari. Aku hanya tahu untuk mengimpikan seorang sahabat sejati tetapi diri ini tidak cukup sejati dalam bersahabat. Mengharap sahabat yang sentiasa memahami diri ini tetapi diri masih berburuk sangka terhadap sahabat sendiri. Mengejar sahabat yang sentiasa bersama di sisi tetapi keegoan masih beraja di dalam hati.

Andai aku tidak seperti menghargaimu, bukan bermaksud aku tidak sudi. Bukan juga kerana kau tidak cukup baik untuk menjadi sahabatku. Tetapi kerana aku tidak tahu bagaimana ingin mengekspresikan perasaan kasihku. Tidak cukup kuat juga untuk melontarkan kalam sayang kepadamu walaupun aku tahu,

"Jika seseorang itu menyayangi sahabatnya, 
maka hendaklah dia memberitahu kepadanya bahawa dia menyayanginya" 
(riwayat Abu Daud)

Tetapi ketahuilah bahawa setiap saat aku bersamamu sahabat, aku terasa seperti semua bebanku melayang daripada bahuku. Memang kadangkala Allah titipkan ujian dalam persahabatan ini. Menguji agar kita kenal betapa manisnya dalam berukuwah.Sesungguhnya takdir Allah yang mempertemukan kita dan takdir Allah jualah yang mampu memisahkan kita. Perasaan cinta pada sahabat itu adalah kurniaan dari-Nya. Perasaan manisnya berukhuwah itu juga adalah nikmat dari-Nya. Jadi mengapa perlu berputus asa dalam bersahabat andai engkau tahu ujian itulah yang akan mengeratkan lagi tali ukhuwah yang sudah sekian lama tersimpul ?

Aku ingin mencari sahabat yang sudi bersamaku di syurga nanti. Bersama mencari redha Ilahi. Menegurku apabila aku berada jauh dari-Nya. Menghulurkan tangan disaat aku jatuh tersungkur. Menarik aku dikala aku hampir terjerumus ke lembah kedurjanaan. Memelukku dan mengusap air mataku disaat aku berasa keseorangan. Semoga bertemu dan berpisahnya kita adalah kerana-Nya. Kerana salah satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah di akhirat kelak adalah pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Ketahuilah bahawa 
persahabatan itu adalah anugerah Allah yang terindah andai ia di atas dasar taqwa.

Sabda Rasulullah, "Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya teringat mati"

Akuu ingin menjadi sahabat seperti itu, Ya Allah.

Sahabat, andai suatu masa nanti aku lena tanpa jaga, kau iringlah lenaku dengan kalungan doamu. Doakanlah agar aku dapat bertemu semula denganmu di pintu syurga Firdausi nanti. Bersama memimpin tangan sambil mengukir senyuman manismu itu.

Sesungguhnya doa seorang muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab. Pada kepalanya ada malaikat yang diberi tugas dan mengatakan, "Semoga Allah mengabulkan, dan untukmu juga seperti itu".

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku walaupun engkau tahu betapa kurangnya diriku ini. Sesungguhnya aku benar-benar mengasihimu dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku kerana Allah. Sungguh, biarlah hubungan kita ini berkekalan hingga ke akhirat nanti, bukannya terhenti di penghujung dunia sahaja.

Ana uhubbukum lillahi ta'ala.


Jiwang Karat Bersalut Islamik
Thursday, March 14, 2013 | 0 comments
Sejak akhir-akhir ini, ramai yang sudah mulai sedar mengenai haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada. Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta "High Class".

Tapi, tidak dinafikan adakalanya diri ini naik mual dengan ayat-ayat yang di 'post' di alam maya, seperti:



"Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini"
"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ini. Di manakah anda?"
"Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti."
"Kasih saya hanya untuk suami"



Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di 'post' di alam maya.
Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya. Ingatlah, isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyak lagi yang perlu kita titikberatkan. Seterusnya, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah.

Kenapa perlu titikberatkan hal ini ? Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik. (Contoh: Memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah An-Nur .



Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.(Surah an-Nur ayat 26)

Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehai r? Ada kan ?



Sedangkan Allah telah berfirman lagi:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji ?" (Surah Al-Ankabut ayat 2)


Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah.


Wallahu a'lam.

Tuesday, February 12, 2013 | 0 comments
Jangan menyukai orang kerana Rupa. Sukalah orang yang masih mempunyai iman yang kuat dan Kaya dengan Akhlak. InsyaAllah. Cintailah Allah kerana Dia mencintai kita, tunaiknlah perintah Allah kerana Dia akn mengadili kita, buatlah sesuatu yang di tuntut semata-mata kerana Allah.

FUTURE
PAST